KUALA LUMPUR: Dalam ekonomi digital Malaysia yang pesat berkembang, golongan ibu sedang mengubah landskap keusahawanan.
Bagi para ibu, usaha menyeimbangkan cita-cita kerjaya dengan tanggungjawab keluarga. Platform seperti
Xamble Express, iaitu platform pemasaran pempengaruh layan diri terbaharu, kini membantu mereka menjana pendapatan dengan memanfaatkan kemahiran dan kreativiti sebagai sumber rezeki yang fleksibel — semua ini dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan peranan mereka dalam keluarga.
Kuala Lumpur-based Xamble Group Limited CEO Jason Thoe (centre in pic) said that, with Malaysians spending increasingly more time on social media platforms, brands and retailers have started merging commerce with community, fundamentally transforming the consumer shopping experience.
Mengapakah hal ini penting? Ia penting kerana di dalam ekonomi digital masa kini, penciptaan kandungan bukan sahaja menawarkan keterlihatan, namun pemerkasaan sebenar — terutama bagi wanita yang berusaha mengimbangi peranan sebagai ibu dan impian sendiri.
Xamble Express memainkan peranan sebagai penghubung antara pencipta kandungan berwawasan dan jenama yang mendambakan suara tulen, terutamanya ketika kepercayaan pelanggan mengalami perubahan ketara.
- 72% pengguna APAC kini lebih mempercayai pempengaruh nano/mikro berbanding selebriti.
- Jenama Malaysia menyaksikan pulangan pelaburan yang 2.3x lebih tinggi menerusi kempen bersama pempengaruh mikro.
- 64% daripada pembelian dipengaruhi oleh saranan pencipta kandungan asli. (Sumber: Dentsu 2024)
Influencer market Kempen Hari Ibu Xamble baru-baru ini memberi gambaran ke dalam realiti ini, di mana para ibu di kalangan pengguna biasa sedang mentakrifkan semula maksud pengaruh. Wanita-wanita ini bukan sekadar penjaga — mereka juga pencerita, pempengaruh, usahawan dan pembina komuniti. Temui tiga pencipta yang menginspirasikan daripada rangkaian Xamble yang melebihi 600,000 suara berpengaruh yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Di antara mereka termasuklah:
- Faeeqah Auji (gambar di atas bersama suami dan anak-anak), seorang ibu penyayang kepada anak spektrum autisma, yang berkongsi bahawa “menyeimbangkan kedua-dua peranan memerlukan penetapan keutamaan yang jelas dan kehadiran yang konsisten.”
- Bagi beliau, menjadi ibu bererti memperlihatkan kasih sayang tanpa syarat dan kegigihan, nilai-nilai yang disalurkan ke dalam kandungannya yang asli dan menginspirasikan.
- Chia Yen, lebih dikenali sebagai ‘Princess Yen’, ibu kepada tiga anak perempuan, menekankan bahawa menjadi ibu mengajar beliau tentang kekuatan dalam kesederhanaan. “Anak-anak menemukan kebahagiaan dalam perkara-perkara kecil dan ini mengingatkan saya agar berkarya dengan kasih sayang,” katanya. Beliau mula mencipta kandungan ketika era pandemik dan kini menggunakan suaranya untuk menyokong dan memberi semangat kepada wanita lain.
- Puteri Awani, seorang lagi ibu kepada anak spektrum autisma, menyeimbangkan perjalanannya sebagai pencipta dengan menjadi ibu sepenuh masa. “Anak lelaki autisma saya mengajar saya melihat keindahan dalam setiap perkara yang selama ini tidak saya sedari,” katanya, sambil menambah bahawa berkongsi pengalamannya secara dalam talian telah membantunya berhubung dengan pengguna lain di samping mencari kekuatan ketika menghadapi hari-hari sukar.
Kisah mereka mencerminkan bagaimana pemasaran pempengaruh kini beralih arah – bukan lagi mengenai selebriti, tetapi insan biasa dengan cerita sebenar.
Mengapa Pempengaruh Nano dan Mikro lebih dipercayai? Seperti yang diketengahkan menerusi laporan Marketing Interactive, semakin banyak jenama di Malaysia beralih kepada pempengaruh mikro dan nano demi keaslian, kadar keterlibatan yang lebih tinggi dan keberkesanan kos.
Pempengaruh mikro dan nano mungkin memiliki bilangan pengikut lebih kecil, namun mereka mempunyai komuniti pengikut yang lebih setia dan terlibat secara aktif.
Kelebihan utama pempengaruh nano/mikro:
- Keterlibatan Lebih Tinggi: Mereka membina hubungan yang tulen dan mendalam dengan pengikut, menghasilkan interaksi yang bermakna. Pengikut tegar mereka di dalam komuniti yang khusus menjana lebih banyak interaksi yang boleh dipercayai. (Sumber: Marketing Interactive)
- Mampu Milik: Dengan kos yang sama untuk kempen bersama seorang selebriti, jenama dapat bekerjasama dengan ramai pempengaruh mikro, seterusnya memaksimumkan capaian tanpa melampaui peruntukan.
- Authenticity: Kandungan mereka bersifat peribadi dan mudah difahami, selaras dengan permintaan pengguna yang mahukan ketelusan.
Pelancaran Xamble Express baru-baru ini mengukuhkan ekosistem Xamble for Business, membantu jenama menghimpunkan komuniti-komuniti melalui usaha sama yang bermakna dan asli dengan pempengaruh. Direka sebagai penyelesaian ringkas dan sedia diatur, Xamble Express merapatkan jurang antara perniagaan yang ingin melibatkan pempengaruh nano dan mikro tanpa kos tinggi yang biasanya diperlukan dalam kempen yang dipacu agensi.
“Pemasaran pempengaruh merupakan alat penting untuk pengembangan jenama, tetapi syarikat kecil sering bergelut dengan kos yang tinggi, kerumitan kempen, dan kurangnya ketelusan data,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Xamble, Jason Thoe.
“Xamble Express mengubah ini dengan menawarkan harga yang jelas, papan pemuka layan diri — semua ini bersandarkan 18 tahun pengalaman kami dalam industri dan capaian dalam komuniti pempengaruh asli Asia Tenggara yang mempunyai kadar keterlibatan tinggi di serata Malaysia dan Singapura.”
Platform ini menawarkan tiga tingkat pelan – Nano Starter, Micro Plus dan Full Scale – bersama gabungan format-format kempen yang melibatkan kandungan Instagram dan TikTok. Ia membolehkan jenama mendapatkan pempengaruh berdasarkan wawasan demografi, mengurus kelulusan kandungan dan mengukur keberkesanan kempen dengan lancar.
“Dengan capaian anggaran daripada 50,000 sehingga lebih 300,000 kesan bagi setiap kempen, Xamble Express sedia menggerak ke arah impak pulangan pelaburan yang tinggi tanpa penambahan peruntukan,” kata Thoe.
Perkembangan ini melengkapi tawaran nilai strategik yang digariskan dalam Xamble for Business, yang mengetengahkan kepentingan menggunakan pempengaruh nano dan mikro dalam memacu keterlibatan sebenar, memupuk kepercayaan terhadap jenama dan mempertingkatkan capaian menerusi penceritaan asli.
Sama ada menerusi khidmat sokongan penuh Xamble for Business atau peralatan kempen Xamble Express yang tangkas, Xamble akan terus memastikan pemasaran pempengaruh boleh diakses, diukur dan berpandukan hasil untuk setiap jenama di setiap tahap pertumbuhan,” tambah Thoe.
Dan untuk pencipta kandungan seperti Faeeqah, Princess Yen dan Puteri Awani, platform ini merupakan pintu masuk ke arah pencapaian matlamat, fleksibiliti dan pengiktirafan dalam ekonomi digital.
Jelas Thoe, “Ia mengenai mengurangkan halangan dan memudahkan pencipta kandungan sehari-hari menyertai bicara tentang jenama dengan penuh makna – sambil membina masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka.”
Untuk maklumat lanjut tentang Xamble Express, layari:
https://business.xamble.com
```